Latar belakang Pertempuran_Samar

Keseluruhan strategi Empayar Jepun di Teluk Leyte —rancangan yang dikenali sebagai Shō-Go 1—menetapkan bagi armada Laksamana Madya Jisaburō Ozawa—dikenali sebagai Pasukan Utara—bagi mengumpan Armada ke-3 Amerika Syarikat menjauhi kawasan pendaratan Amerika Syarikat di Teluk Leyte, menggunakan apa yang kelihatannya sebagai pasukan kapal pengangkut yang lemah. Pasukan pendaran-yang kehilangan perlindungan udara kemudiannya akan diserang dari barat dan selatan oleh Pasukan Pusat Laksamana Muda Takeo Kurita, yang akan meluru dari Brunei, dan Pasukan Selatan Laksamana Muda Shoji Nishimura. Pasukan Kurita terdiri dari lima kapal perang—termasuk kapal perang Yamato Jepun dan kapal perang Musashi, kapal perang terbesar pernah dibina- diiring oleh kapal penjajap dan kapal pembinasa. Pasukan kapal Nishimura termasuk dua kapal perang dan akan diikuti oleh Laksamana Muda Kiyohide Shima bersama tiga buah kapal penjajap.

Pada malam 23 Oktober, dua kapal selam Amerika, Dace dan Darter, mengesan Pasukan Pusat memasuki Laluan Palawan. Selepas memberitahu Halsey, kapal selam tersebut menambak torpedo dan menenggelamkan dua penjajap, sementara melumpuhkan yang ketiga dan memaksanya berundur. Salah satu daripada kapal penjajap yang tenggelam adalah kapal ppemerintah laksamana Kurita, tetapi dia diselamatkan dan memindahkan benderanya ke Yamato.

Berikutnya, kapal penggangkut Armada ke-3 melancarkan siri serangan udara terhadap pasukan Kurita di laut Sibuyan, merosakkan beberapa kapal dan menenggelamkan Musashi dan pada awalnya memaksa Kurita untuk berundur. Satu gelombang kapal terbang dari Armada ke-3 turut menyerang Pasukan Selatan Nishimura, menyebabkan kerosakan kecil. Pada masa yang sama, Laksamana Muda Takijirō Ōnishi melancarkan serangan dari lapangan terbang di Luzon menentang pasukan Halsey, dengan satu kapal terbang pengebom mengebom tepat pada kapal pengangkut pesawat ringan Amerika Syarikat Princeton yang mencetuskan letupan yang menyebabkan ia ditenggelamkan.

Pada malam yang sama, Pasukan Selatan Nishimura yang terdiri daripada dua kapal perang, sebuah penjajap berat, dan empat kapal pembinasa akan mara dari selatan dan menyelaras dengan pasukan Kurita. Unsur kedua dari Pasukan Selatan, di bawah pemerintahan oleh Laksamana Madya Kiyohide Shima dan terdiri daripada tiga penjajap dan tujuh kapal pembinasa, tertinggal di belakang Nishimura sejauh 40 nmi (46 mi; 74 km). Dalam Pertempuran Selat Suriga, kapal Nishimura memasukan perangkap maut. Diatasi oleh Pasukan Sokongan Armada Ketujuh, mereka dihancurkan, melalui galang torpedo dari 28 bot PT dan 28 kapal pembinasa sebelum terkena tembakan meriam tepat kawalan radar dari enam kapal perang "super-dreadnought" yang berkuasa dan lapan panjajap.

Selepas itu, ketika pasukan Shima bertembung dengan sisa kapal Nishimura, ia turut diserang, tetapi berjaya berundur. Dari pasukan Nishimura, hanya satu kapal pembinasa yang terselamat.

Dalam Pertempuran Tanjung Engaño, Pasukan Utara Ozawa terdiri dari satu kapal pengangkut armada dan tiga kapal pengangkut ringan memuatkan sejumlah 108 kapal terbang (muatan biasa bagi sebuah kapal pengangkut armada besar), dua buah kapal perang, tiga kapal penjajap ringan dan sembilan kapal pembinasa. Laksamana Halsey yakin bahawa Pasukan Utara merupakan ancaman utama, dan bahawa pasukan Tengah telah berundur dalam Pertempuran Laut Sibuyan (24 Oktober). Halsey membawa tiga kumpulan dari Pasukan Petugas 38 (TF 38), jauh lebih kuat berbanding Pasukan Utara Ozawa, dengan lima kapal pengangkut kapal terbang dan lima kapal pengangkut armada ringan dengan lebih 600 buah kapal terbang antara mereka, enam kapal perang pantas, lapan penjajap, dan lebih 40 buah kapal pembinasa.

Halsey dengan mudah menghapuskan apa yang kemudiannya diketahui sebagai umpan tanpa ancaman serius.

Akibat keputusan Halsey, pintu terbuka bagi Kurita. Apabila Kurita pada awalnya berundur, pihak Amerika menganggap bahawa pasukan Jepun telah berundur dari pertempuran. Bagaimanapun, Kurita berpatah kembali dan bergerak melalui Selat San Bernardino di bawah tabir kegelapan. Hanya pasukan ringan yang dilengkapi untuk menyerang pasukan darat dan kapal selam yang berada dalam laluan kapal perang dan penjajap yang berniat untuk memusnahkan pasukan pendarat Amerika Syarikat.

Rujukan

WikiPedia: Pertempuran_Samar http://www.battle-of-leyte-gulf.com/ http://www.bosamar.com/ http://www.bosamar.com/pages/ctu7741_action_report http://www.bosamar.com/pages/ctu7742_action_report http://www.chuckhawks.com/task_force_34.htm http://shop.history.com/detail.php?p=69944&ecid=SE... http://www.historyanimated.com/LeyteGulfPage.html http://www.investors.com/NewsAndAnalysis/Article.a... http://www.militaryhistoryonline.com/wwii/articles... http://www.militaryhistoryonline.com/wwii/articles...